Syukur

Oleh

Amazingly,
Aku ada kaki untuk berjalan,
Setiap detail perjalanan dapat aku hargai dengan lebih mendalam,
Aku bina hidup aku untuk menjadi lebih senang,
Saat kekayaan menggunung,
Aku akan kembali semula pada kosong,
Detik masa yang sukar hanya sementara,
Aku mula mengawal minda aku untuk tidak mengharapkan milikan selamanya,
Hidupku,
Aku mahu terus dengan iman,
Hanya Allah membahagiakan jiwa,
Merasa cukup dengan segalanya,
Saat diuji cukuplah Allah bagiku,
Aku punyai sahabat,
Saat berjauhan aku merinduinya,
Aku tahu mereka juga sama,
Hati aku rumah aku,
Aku bawa kotak hati aku kemana-mana sahaja,
Hingga penghujungnya,
Dunia bukan rumahku,
Hanya persinggahan,
Ada misi hang harus diteruskan,
Dalam menjadi dewasa aku sering melakukan kesilapan,
Bukan aku seorang yang menghadapi ujian ini,
Kamu pun begitu juga,
Cuma jangan mengalah dan berhenti,
Perjalanan hidup ini kadang impian bukan boleh dapat sekelip mata,
Bersabar…
Ada hikmah yang menanti,
All is well,
InsyaAllah!

Please wait...
Download Gambar