JANGAN BERUBAH KERANA DUNIA

Oleh

biar kita tidak boleh mengubah dunia,
tapi jangan kita berubah kerana dunia,
segalanya jenaka memberi gambaran mempersona,
keasyikannya sementara untuk berfoya-foya,
penderitaan itu akan menjadi sahabatmu mempersendakan kehancuran,
sandiwara yang tercipta semuanya palsu,
hidup di dunia ini bukan untuk jadikan kau duniawi,
hasil titik peluhmu biar sedikit digunakan untuk keperluanmu sahaja,
bukan harta yang dikumpul membukit untuk membina istana kemegahan,
kurang ilmu dan miskin itu buat kamu amat mudah dibeli dengan wang ringgit,
mudah di cucuk dengan rasa iri hati,
kenali diri jangan kau mudah dibodohkan oleh golongan kiri,
berlumba-lumba meraih kejayaan bukan berlumba-lumba menjatuhkan,
apa definisi kejayaan kamu jika hidup bongkak,
apalah erti kejayaan Kisra,
kalau berakhir dengan kehancuran dan kesedihan didunia,
apatah lagi berakhir dengan siksa dan penderitaan api neraka.

Please wait...
Download Gambar