Kecewa Itu Bukan Ketakutanku

Oleh Zainab Baudin

aku tak takut untuk kecewa,
terus mencuba berkali-kali,
cinta akan ku berikan seluruh jiwa,
sahabat kan ku jaga hingga ke akhirnya,
aku masih punyai kudrat untuk teruskannya,
terus mara kehadapan,
bila tak mampu kan ku nangis,
lap air mata dan teruskan berjalan pada jalan dunia,
sayang! jeritku dalam batinku,
sekuat-kuatnya aku peluk kamu dalam doa,
sujudku, Allah periharalah kamu,
dan berikan aku jua kejayaan abadi.