Biar Aku Simpan

Oleh The girl in pain

Sakit
Biar hati ini yang merasa
Melihat kau dan dia
Hampir aku rebah
Tidak merasa

Benar
Kerana katamu aku jatuh
Ke dalam lembaran yang aku sendiri
Masih belum jumpa jalan keluarnya

Benar
Kerana katamu juga aku rapuh
Bertemankan rasa yang tidak bertuan

Sulit
Biar aku sendiri simpan
Kerna aku takut meluah
Tapi ia sakit di dalam

Kerna kau tetap sahabatku
Jadi
Biar aku simpan