Aku mencari aku

Oleh Norazfarali

Aku mencari aku didalam aku
Dalam rahsia yang aku tak tahu
Dalam jiwa yang berdebu

Lama aku terlena
Ilusi khayalan penuh warna
Bahagia dunia tidak lama
Mungkin juga tidak bermakna

Tidak aku bersedia
Andai esok aku menghadap cahaya
Aku ingin pulang disambut pencipta
dalam keadaan sempurna imannya